Participants of PBA 1 day course

Participants of PBA 1 day course
Sesi 1 - Aug 3

Friday, September 17, 2010

Sesi 2- 21 September 2010

Semua peserta diminta untuk menyatakan pandangan, kritikan dan cadangan terhadap kursus 1 hari ini.

17 comments:

  1. Wan Hawa Damia (SMKSJ)September 21, 2010 at 12:30 AM

    Kursus pada hari ini memberi saya banyak pengetahuan baru disamping membantu saya mengingat kembali apa yang dipelajari dulu. Ia juga sesuatu yang boleh diaplikasikan di sekolah bagi memberi pendedahan baru kepada pelajar-pelajar dan boleh memberikan kemahiran baru kepada mereka.

    ReplyDelete
  2. Balgis bt Kachi MahayadinSeptember 21, 2010 at 1:03 AM

    kursus ini membantu saya dalam mengenali kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga membantu menjadikan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan menyeronokkan serta berpusatkan pelajar. kursus ini patut diteruskan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  3. kursus ini mendedahkan satu kaedah yang sepatutnya telah diamalkan lama di sekolah...tapi saya rasa ia mengingatkan saya semula pentingnya method ini untuk abad 21. so saya kena refresh semula untuk menarik minat student saya belajar.

    ReplyDelete
  4. Kursus ini telah memberikan panduan kepada saya cara untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan praktikal berbanding teori. Oleh itu, saya berharap kursus seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang untuk menambahkan pengetahuan guru seiring dengan perkembangan ilmu pendidikan.

    ReplyDelete
  5. Kursus Ringkas Sehari ini banyak membantu saya mengenali kaedah terkini untuk melaksanakan P&P dengan lebih efektif.Cadangan saya, agar lokasi dapat di sesuaikan.

    ReplyDelete
  6. Muhd Sharraf B. Muhd YasinSeptember 21, 2010 at 1:38 AM

    Terima Kasih kepada en.Yap kerana berjaya membawa pendekatan baru dalam proses PnP..Pembelajaran akan lebih berkesan dan sesuai dengan pembelajaran di abad ke 21....Semoga kursus ini dapat menaiktaraf untuk guru - guru dalam memberi ilmu dan teknik mengajar dalam PnP...

    ReplyDelete
  7. satu pendekatan baru yang bagus dalam p&p untuk diperaktikkan, patut diperluaskan kepada semua guru di Malaysia

    ReplyDelete
  8. Kursus ini membantu meningkatkan keyakinan diri saya dlm mmeberi input2 yang berguna kepada murid.Semoga kursus sebegini akan diteruskan lagi dengan pendekatan dan input yg lain

    ReplyDelete
  9. banyak ilmu baru yang dapat dimanfaatkan dalam kursus ini untuk pnp. Saya berharap agar kursus seperti ini perlu diadakan susulan supaya ianya dapat dimantapkan lagi.

    ReplyDelete
  10. banyak input baru yg dipelajari hari ni.......tq for the course

    ReplyDelete
  11. Kursus yang pada mulanya disangka membosankan ini sebenarnya memberi saya satu pengetahuan baharu dan berguna. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek ini adalah lebih mesra murid dan diharapkan dapat membantu saya dalam melaksanakan p&p yang lebih menarik dan berkesan.

    ReplyDelete
  12. suszna khirul bariah bt mamatSeptember 21, 2010 at 1:43 AM

    satu pendekatan yang menarik dan mampu menarik perhatian pelajar. merupakan pengalaman baru bagi saya. tetapi masa yang singkat menyukarkan pemahaman sepenuhnya.

    ReplyDelete
  13. kursus ini banyak memberi saya idea-idea baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Sebenarnya sesetengah modul ada dilakukan di dalam bilik darjah, bezanya ia tidak berstruktur seperti PBA. Guru hanya perlu merangcang dengan lebih teliti sebelum masuk ke kelas.

    ReplyDelete
  14. kursus yang penuh ilmiah dan agak padat dengan informasi dari pandangan guru. Harap pada masa akan datang, akan ada luahan pengalaman positif dari para guru yang mengaplikasikan kaedah ini.

    ReplyDelete
  15. Input yang diperoleh amat bersesuaian dengan para pelajar kini dan mudah untuk diaplikasikan di sekolah.

    ReplyDelete
  16. Tahniah.... Terima kasih.... Harap dapat meneruskan dalam mengajar mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  17. bagus sangat teknik PBA ini digunakan dalam P&P masa kini. semoga murid-murid tidak rasa bosan lagi di dalam kelas. diharap semoga semua guru dapat mengaplikasikan teknik dalam P&P mereka.

    ReplyDelete

hotel reservation